skip to main | skip to sidebar

My Profile

Foto Saya
Suryani
alangkah baiknya jika sesetengah perkara itu, kekal begitu tanpa sebarang jawapan....
Lihat profil lengkap saya

My Komen


Free chat widget @ ShoutMix

My Story

  • ▼ 2009 (95)
    • ► November (1)
      • ► Nov 10 (1)
        • Masa Mencari Keserasian...
    • ► Oktober (1)
      • ► Okt 06 (1)
        • Konvoi Raya..2009
    • ► September (6)
      • ► Sep 19 (1)
        • Satu hari di Hari Raya
      • ► Sep 17 (1)
        • Salam Aidilfitri 1430H
      • ► Sep 10 (2)
        • Peluang yang Berharga-Mungkin Sekali Seumur Hidup
        • Sepasang Kurung Biru
      • ► Sep 07 (1)
        • Cangkir Yang Cantik
      • ► Sep 02 (1)
    • ► Ogos (5)
      • ► Ogos 24 (1)
        • Tahniah Kepada Semua =)
      • ► Ogos 12 (2)
        • Salam Ramadhan...
        • Konvo dah nak dekat..!!
      • ► Ogos 03 (2)
        • Aurora...
        • Suhaila...
    • ► Julai (2)
      • ► Jul 25 (1)
        • No Title
      • ► Jul 13 (1)
        • A nite To Kenangan Terindah
    • ► Jun (1)
      • ► Jun 18 (1)
        • Cuti Yang Sangat Panjang
    • ► Mei (4)
      • ► Mei 03 (1)
        • Terakhir Kali....
      • ► Mei 01 (3)
        • T-Shirt Percuma dari MyMuslimart!!
        • Kepulangan Yang di Nanti
        • Tiga Tahap Hati
    • ► April (19)
      • ► Apr 30 (4)
        • 6 cara bagaimana untuk disayangi
        • Petua Murah Rezeki
        • Cermin DIRI
        • Apa Itu Tidur
      • ► Apr 29 (2)
        • Pokok-pokok kebaikan di dunia
        • Surat Seorang Bonda
      • ► Apr 28 (2)
        • Munajat Cinta
        • Membaca
      • ► Apr 24 (2)
        • Pengurusan Sekolah
        • Menghitung Hari...
      • ► Apr 17 (1)
        • Doakan yang terbaik...
      • ► Apr 14 (1)
        • Kembali Ke Atas
      • ► Apr 08 (2)
        • Cuti UMUM
        • Perjalanan Masih Jauh
      • ► Apr 06 (2)
        • Tak Perlu Jadi Genius
        • Bukan Mudah Menjadi Yang Pertama
      • ► Apr 04 (3)
        • Rahsia Berjalan
        • Mengurangkan Tension
        • Berfikir Positif
    • ▼ Mac (13)
      • ► Mac 31 (3)
        • Tentang Cinta
        • Tujuh Keajaiban
        • Di Saat Aku Ditalkinkan...
      • ► Mac 20 (3)
        • Bersederhana Dalam Pergaulan: Pelihara Adab
        • Taubat Membersihkan Dosa, Tenangkan Jiwa
        • Manusia Yang Didoakan Malaikat
      • ► Mac 16 (2)
        • Rahsia Wajib Solat
        • Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan ke...
      • ▼ Mac 08 (1)
        • Sambutan Maulidur Rasul : Antara Tanda Kesyukuran ...
      • ► Mac 06 (1)
        • PERNAHKAH Anda Menangis?
      • ► Mac 05 (2)
        • Beza Kawan & Sahabat
      • ► Mac 04 (1)
    • ► Februari (16)
      • ► Feb 25 (1)
      • ► Feb 21 (1)
      • ► Feb 17 (1)
      • ► Feb 15 (4)
      • ► Feb 14 (1)
      • ► Feb 12 (1)
      • ► Feb 09 (2)
      • ► Feb 08 (1)
      • ► Feb 07 (3)
      • ► Feb 05 (1)
    • ► Januari (27)
      • ► Jan 31 (1)
      • ► Jan 25 (1)
      • ► Jan 24 (1)
      • ► Jan 23 (1)
      • ► Jan 21 (1)
      • ► Jan 20 (2)
      • ► Jan 17 (1)
      • ► Jan 16 (1)
      • ► Jan 15 (1)
      • ► Jan 14 (1)
      • ► Jan 13 (1)
      • ► Jan 12 (2)
      • ► Jan 11 (1)
      • ► Jan 08 (2)
      • ► Jan 07 (2)
      • ► Jan 06 (4)
      • ► Jan 04 (1)
      • ► Jan 03 (3)
  • ► 2008 (110)
    • ► Disember (6)
      • ► Dis 29 (5)
      • ► Dis 26 (1)
    • ► November (3)
      • ► Nov 19 (1)
      • ► Nov 15 (2)
    • ► Oktober (27)
      • ► Okt 27 (1)
      • ► Okt 25 (3)
      • ► Okt 23 (1)
      • ► Okt 22 (1)
      • ► Okt 21 (2)
      • ► Okt 20 (1)
      • ► Okt 19 (4)
      • ► Okt 18 (7)
      • ► Okt 15 (1)
      • ► Okt 11 (1)
      • ► Okt 09 (3)
      • ► Okt 06 (2)
    • ► September (19)
      • ► Sep 25 (1)
      • ► Sep 24 (1)
      • ► Sep 22 (1)
      • ► Sep 21 (1)
      • ► Sep 20 (1)
      • ► Sep 19 (1)
      • ► Sep 14 (1)
      • ► Sep 11 (1)
      • ► Sep 10 (2)
      • ► Sep 09 (3)
      • ► Sep 08 (2)
      • ► Sep 06 (1)
      • ► Sep 05 (3)
    • ► Ogos (13)
      • ► Ogos 27 (1)
      • ► Ogos 24 (1)
      • ► Ogos 23 (1)
      • ► Ogos 21 (2)
      • ► Ogos 18 (1)
      • ► Ogos 16 (1)
      • ► Ogos 13 (2)
      • ► Ogos 12 (4)
    • ► Julai (9)
      • ► Jul 30 (1)
      • ► Jul 28 (6)
      • ► Jul 24 (1)
      • ► Jul 07 (1)
    • ► April (33)
      • ► Apr 28 (1)
      • ► Apr 26 (1)
      • ► Apr 22 (4)
      • ► Apr 21 (1)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (1)
      • ► Apr 16 (1)
      • ► Apr 14 (3)
      • ► Apr 13 (2)
      • ► Apr 12 (14)

My Blogger

  • hidop saya
    menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena
    1 hari yang lalu
  • Sharing Information
    How To Be Better Investor
    1 hari yang lalu
  • ZAMZ ON THE BLOG
    Layan Vclip ~ Hujan by Sudirman Hj Arshad
    2 beberapa hari yang lalu
  • teratak wm
    3 beberapa hari yang lalu
  • Super_Teacher
    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
    4 beberapa hari yang lalu
  • :: SmiLe MyFta ::
    Memo Dari Masjid..
    5 beberapa hari yang lalu
  • KETENTUAN HIDUP SEORANG INSAN
    Coming Back!!
    1 minggu yang lalu
  • Sembang Komputer
    Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam
    1 minggu yang lalu
  • fikir2renung2
    Satu tarian, pelbagai negara
    2 beberapa minggu yang lalu
  • ~sEgaLaNya d'SiNi~
    :pELuang keDua..
    2 beberapa minggu yang lalu
  • tupaiXtreme
    Posting²
    3 beberapa minggu yang lalu
  • My Story, My View
    Konvoi Raya..2009
    4 beberapa minggu yang lalu
  • MIND WITHIN THE MIND
    1 bulan yang lepas
  • Everything is antique
    Cheap Bathroom Suites
    1 bulan yang lepas
  • Coret saja...
    Berbuka Puasa Tanpanya..
    1 bulan yang lepas
  • Have a good day....
    Ramadhan... come again
    2 beberapa blan yang lalu
  • ::Sepoi Sepoi::
    Ramadhan datang lagi..
    2 beberapa blan yang lalu
  • mhud.org
    HELLO…..!!!
    6 beberapa blan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

My Respon

My Story, My View

Sambutan Maulidur Rasul : Antara Tanda Kesyukuran Kita Kepada Allah s.w.t

Ahad, 2009 Mac 08


Menantikan hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w. umpama menyambut kehadirannya ke pangkuan umat untuk bertemu dan bersua bagi mereka yang rindukan baginda. Umpama cahaya yang berkelipan di kala malam tanpa bulan purnama. Meraikan perayaan ini seolah-olah kita sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan ‘sebaik-baik manusia di muka bumi ini’ di hari yang telah ditetapkan demi memberikan rahmat dan ketenangan kepada kita. Saban tahun, umat Islam meraikan hari yang mulia ini dengan penuh rasa terhormat dan kesedaran yang tinggi di samping amalan seperti berzikir, berselawat, bermuzakarah, berceramah, bersedekah serta memberi makan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka yang tidak memahami sirah Rasulullah s.a.w. dengan mendalam umpama orang yang tidak menghiraukan jasa dan pengorbanan baginda. Pasti banyak tentangan yang diberikan oleh mereka terhadap sambutan hari yang penuh keberkatan ini. Catatan yang terdapat di kitab-kitab sirah membuktikan bahawa peristiwa di zaman baginda adalah realiti sebenar keadaan yang berlaku. Kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. sudah tentu tidak berpeluang untuk bertemu dengan baginda semenjak hayatnya di muka bumi ini. Malah, bermimpi pun belum tentu kita pasti menemuinya. Maka, dengan cara menyambut hari kebesaran inilah kita sebagai umatnya berasa bertuah dan bersyukur dengan kehadiran baginda sebagai manusia yang bertanggungjawab membawa manusia dari kegelapan kepada jalan yang diredhai tuhan.

Allah s.w.t berfirman : “ Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatnya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanya), dan membersihkan mereka (dari i’tiqad yang sesat), serta mengajar mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat)…”1

Satu kisah yang Taha ingin berkongsi bersama dengan anda, di mana kisah ini berlaku di zaman nabi Musa a.s. Kisah ini terdapat di dalam kitab Hilyat al-Aulia dikarang oleh Abu Nua’im, diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih seraya berkata: “Ada seorang lelaki daripada kalangan Bani Israel yang selalu melakukan maksiat pada Allah s.w.t. selama 100 tahun. Kemudian beliau meninggal dunia di dalam keadaan yang sedemikian. Masyarakat yang mengenali beliau tidak mahu menguruskan jenazah tersebut malah mereka mengambil dan membuangnya di kawasan pembuangan sampah.

Lantas Allah s.w.t mewahyukan kepada nabi Musa a.s. agar mengeluarkan jenazah tersebut dan menyembahyangkannya. Kemudian nabi Musa a.s berkata : “ Wahai tuhanKU! Sesungguhnya Bani Israel telah menyaksikan bahawa orang ini ketika hayat hidupnya melakukan maksiat padaMU selama 100 tahun…”. Maka Allah s.w.t mewahyukan kepada nabi Musa a.s. dengan berfirman: “Setiap kali Taurat disebarkan, beliau pasti melihat nama Muhammad dan terus mengucup dan meletakkan nama itu ke dua belah matanya. Maka dengan apa yang dia lakukan, aku bersyukur (merahmatinya) dan memberi pengampunan padanya serta aku mengahwinkannya dengan 70 orang bidadari syurga.” 2

Oleh itu, kita sebagai umatnya lebih-lebih lagi perlu banyak bersyukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat kedatangan hari kelahiran baginda ini dengan penuh rasa keikhlasan, kegembiraan dan bertanggungjawab.

Setiap perkara yang kita lakukan perlu bersebab. Sebab yang munasabah membawa kepada seseorang itu kepada arah kebaikan. Sebab yang kurang munasabah adalah sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu bagi Taha untuk menyingkap semula mengapa kita sebagai umat Islam wajar menyambut sambutan Maulidur Rasul ini. Antara faktor-faktor penting adalah seperti berikut 3 :

  1. Sambutan Maulidur Rasul adalah gambaran dari kegembiraan dan kebahagiaan bersama nabi Muhammad s.a.w., di mana orang kafir mendapat manfaat di setiap menjelangnya hari kelahiran baginda. Terdapat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari bahawa Abu Lahab diringankan azabnya pada setiap hari Isnin kerana beliau pernah membebaskan hambanya ‘Thuwaibah’ ketika Basyarah (khabar gembira) kelahiran nabi Muhammad. s.a.w.
  1. Baginda sangat mengagungkan hari kelahirannya dan sentiasa bersyukur pada Allah s.w.t di atas nikmat yang dikurniakan kepadanya. Adalah menjadi kewajipan ke atas baginda untuk berpuasa pada setiap hari Isnin sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. Diriwayatkan daripada Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda bersabda : “ Pada hari itu aku dilahirkan dan padanya juga aku diturunkan wahyu”.4
  2. Sesungguhnya kegembiraan bersama nabi Muhammad s.a.w. adalah dituntut sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangnya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan lainnya)…”5 Di dalam ayat ini, Allah menyuruh kita untuk bergembira dengan kurniaan rahmatnya dan nabi Muhammad s.a.w. adalah rahmat yang paling besar dari sekelian rahmat yang dikurniakan kepada kita. Sepertimana firman Allah: “Dan tiadalah KAMI mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.”6

4. Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan salah satu faktor untuk umat Islam mengingati sirah Rasulullah s.a.w. Dengan majlis yang diadakan, masyarakat awam khususnya mudah untuk mempelajari serta mengetahui sirah kehidupan baginda ini dengan lebih mendalam. Kerana ianya merupakan tuntutan ke atas setiap umat Islam untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasulullah s.a.w.

5. Mengetahui keperibadian, kehidupan, mukjizat serta perkara-perkara di luar adat kepercayaan manusia yang berlaku ke atas nabi s.a.w. sebelum kebangkitannya membawa kepada kesempurnaan iman seseorang serta juga dapat menambahkan kecintaan terhadap baginda. Tidak ada yang lebih baik, sempurna dan cantik daripada mencintai akhlak dan sifat kesempurnaan baginda s.a.w.

  1. Sesungguhnya mengagungi Rasulullah s.a.w. disyariatkan dalam Islam. Menyambut hari kelahiran baginda s.a.w. membuktikan kegembiraan umat Islam seluruhnya dengan kehadiran baginda di muka bumi ini. Dengan mengadakan majlis-majlis, perhimpunan zikir serta memuliakan orang fakir miskin adalah merupakan tanda membesarkan, kegembiraan, kebahagian dan kesyukuran kepada Allah s.w.t.
  1. Seperti yang diketahui, hari kebesaran umat Islam adalah pada hari Jumaat. Berdasarkan hadith nabi, pada hari tersebut nabi Adam a.s. diciptakan. Ini bermakna, Islam juga memuliakan hari kelahiran nabi lain selain kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Apatah lagi dengan menyambut kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam sangat dituntut untuk meraikannya. Begitu juga kisah di antara Rasulullah s.a.w bersama orang Yahudi di Madinah. Baginda turut berpuasa sebagai menghormati dan meraikan kepercayaan mereka. Kerana pada hari tersebut adalah merupakan sejarah nabi Musa a.s serta pengikutnya terlepas dari serangan Firaun dan tenteranya. Maka, disyariatkan juga ke atas umat Islam untuk berpuasa pada hari tersebut. Dan ia dinamakan sebagai hari A’syura. Kisah ini terdapat di dalam hadith sahih.
  1. Sesungguhnya sambutan Maulid yang merangkumi perhimpunan zikir, sedekah, pujian dan membesarkan nabi s.a.w. adalah merupakan sunnah. Perkara ini adalah merupakan tuntutan syara’ kerana terdapat hadith yang menggalakkan amalan tersebut untuk dilaksanakan.
  1. Allah s.w.t brfirman : “ Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.”7 Sesungguhnya hikmah di sebalik kisah-kisah Rasul a.s. yang terdahulu adalah merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada Rasulullah untuk menguatkan serta menenangkan hati baginda untuk terus beriman kepada Allah s.w.t. Maka tidak diragukan lagi, bahawa umat Islam juga lebih berhajat untuk menguatkan hati mereka dengan kisah dan khabar serta sirah Rasulullah s.a.w. untuk terus menambahkan keimanan kepada Allah s.w.t.

10. Setiap keadaan baru yang tidak merangkumi dalil syara’ dan pada masa yang sama tidak pula bertujuan untuk menentang syariat yang telah ditatapkan dan juga tidak merangkumi perkara-perkara mungkar, maka ia di kira sebagai salah satu amalan dalam agama. Imam Syafie berkata: “Perkara baru yang bertentangan dengan kitab atau sunnah atau Ijma’ atau Athar, maka ia di kira bid’ah yang sesat. Dan perkara baru yang baik, tidak pula bertentangan dengan sumber hukum perundangan Islam, maka ia adalah amalan yang terpuji.

11. Sesungguhnya menyambut sambutan Maulidur Rasul ini adalah merupakan majlis yang dihidupkan untuk memperingati Rasulullah s.a.w. Begitu juga yang berlaku dalam amalan yang lain, seperti menunaikan fardhu Haji. Dalam kefardhuan amalan ini ia merangkumi juga amalan Sa’ie di antara bukit Safa dan Marwah, melontar Jamrah serta menyembelih di Mina. Yang mana jika kita singkap semula sejarah amalan ini, ia adalah merupakan amalan serta peristiwa yang berlaku sejak zaman nabi Ibrahim a.s lagi. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan kisah yang berlaku ke atas isterinya Hajar serta anaknya nabi Ismail a.s. Oleh itu, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul serta menghidupkan amalan ini dengan gambaran yang baru di samping menjaga adab dan batasan syara’.

rujukan >> http://tahassan.blogspot.com/2008/03/sambutan-maulidur-rasul-antara-tanda.html

Dikirim Oleh Suryani Pada 18:51

2 Cadangan:

Umie berkata...

Salam Maulidur Rasul ye Yan...

2009 Mac 9 22:04  
Anak Pendang Sekeluarga berkata...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

2009 Mac 12 12:19  

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod