skip to main | skip to sidebar

My Profile

Foto Saya
Suryani
alangkah baiknya jika sesetengah perkara itu, kekal begitu tanpa sebarang jawapan....
Lihat profil lengkap saya

My Komen


Free chat widget @ ShoutMix

My Story

  • ▼ 2009 (95)
    • ► November (1)
      • ► Nov 10 (1)
        • Masa Mencari Keserasian...
    • ► Oktober (1)
      • ► Okt 06 (1)
        • Konvoi Raya..2009
    • ► September (6)
      • ► Sep 19 (1)
        • Satu hari di Hari Raya
      • ► Sep 17 (1)
        • Salam Aidilfitri 1430H
      • ► Sep 10 (2)
        • Peluang yang Berharga-Mungkin Sekali Seumur Hidup
        • Sepasang Kurung Biru
      • ► Sep 07 (1)
        • Cangkir Yang Cantik
      • ► Sep 02 (1)
    • ► Ogos (5)
      • ► Ogos 24 (1)
        • Tahniah Kepada Semua =)
      • ► Ogos 12 (2)
        • Salam Ramadhan...
        • Konvo dah nak dekat..!!
      • ► Ogos 03 (2)
        • Aurora...
        • Suhaila...
    • ► Julai (2)
      • ► Jul 25 (1)
        • No Title
      • ► Jul 13 (1)
        • A nite To Kenangan Terindah
    • ► Jun (1)
      • ► Jun 18 (1)
        • Cuti Yang Sangat Panjang
    • ► Mei (4)
      • ► Mei 03 (1)
        • Terakhir Kali....
      • ► Mei 01 (3)
        • T-Shirt Percuma dari MyMuslimart!!
        • Kepulangan Yang di Nanti
        • Tiga Tahap Hati
    • ► April (19)
      • ► Apr 30 (4)
        • 6 cara bagaimana untuk disayangi
        • Petua Murah Rezeki
        • Cermin DIRI
        • Apa Itu Tidur
      • ► Apr 29 (2)
        • Pokok-pokok kebaikan di dunia
        • Surat Seorang Bonda
      • ► Apr 28 (2)
        • Munajat Cinta
        • Membaca
      • ► Apr 24 (2)
        • Pengurusan Sekolah
        • Menghitung Hari...
      • ► Apr 17 (1)
        • Doakan yang terbaik...
      • ► Apr 14 (1)
        • Kembali Ke Atas
      • ► Apr 08 (2)
        • Cuti UMUM
        • Perjalanan Masih Jauh
      • ► Apr 06 (2)
        • Tak Perlu Jadi Genius
        • Bukan Mudah Menjadi Yang Pertama
      • ► Apr 04 (3)
        • Rahsia Berjalan
        • Mengurangkan Tension
        • Berfikir Positif
    • ► Mac (13)
      • ► Mac 31 (3)
        • Tentang Cinta
        • Tujuh Keajaiban
        • Di Saat Aku Ditalkinkan...
      • ► Mac 20 (3)
        • Bersederhana Dalam Pergaulan: Pelihara Adab
        • Taubat Membersihkan Dosa, Tenangkan Jiwa
        • Manusia Yang Didoakan Malaikat
      • ► Mac 16 (2)
        • Rahsia Wajib Solat
        • Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan ke...
      • ► Mac 08 (1)
        • Sambutan Maulidur Rasul : Antara Tanda Kesyukuran ...
      • ► Mac 06 (1)
        • PERNAHKAH Anda Menangis?
      • ► Mac 05 (2)
        • Beza Kawan & Sahabat
      • ► Mac 04 (1)
    • ▼ Februari (16)
      • ► Feb 25 (1)
      • ► Feb 21 (1)
      • ► Feb 17 (1)
      • ► Feb 15 (4)
      • ► Feb 14 (1)
      • ► Feb 12 (1)
      • ► Feb 09 (2)
      • ► Feb 08 (1)
      • ▼ Feb 07 (3)
        • Budaya Saling Menasihat
        • Kacang Hijau
        • Memberi bukan beerti memilikki
      • ► Feb 05 (1)
    • ► Januari (27)
      • ► Jan 31 (1)
      • ► Jan 25 (1)
      • ► Jan 24 (1)
      • ► Jan 23 (1)
      • ► Jan 21 (1)
      • ► Jan 20 (2)
      • ► Jan 17 (1)
      • ► Jan 16 (1)
      • ► Jan 15 (1)
      • ► Jan 14 (1)
      • ► Jan 13 (1)
      • ► Jan 12 (2)
      • ► Jan 11 (1)
      • ► Jan 08 (2)
      • ► Jan 07 (2)
      • ► Jan 06 (4)
      • ► Jan 04 (1)
      • ► Jan 03 (3)
  • ► 2008 (110)
    • ► Disember (6)
      • ► Dis 29 (5)
      • ► Dis 26 (1)
    • ► November (3)
      • ► Nov 19 (1)
      • ► Nov 15 (2)
    • ► Oktober (27)
      • ► Okt 27 (1)
      • ► Okt 25 (3)
      • ► Okt 23 (1)
      • ► Okt 22 (1)
      • ► Okt 21 (2)
      • ► Okt 20 (1)
      • ► Okt 19 (4)
      • ► Okt 18 (7)
      • ► Okt 15 (1)
      • ► Okt 11 (1)
      • ► Okt 09 (3)
      • ► Okt 06 (2)
    • ► September (19)
      • ► Sep 25 (1)
      • ► Sep 24 (1)
      • ► Sep 22 (1)
      • ► Sep 21 (1)
      • ► Sep 20 (1)
      • ► Sep 19 (1)
      • ► Sep 14 (1)
      • ► Sep 11 (1)
      • ► Sep 10 (2)
      • ► Sep 09 (3)
      • ► Sep 08 (2)
      • ► Sep 06 (1)
      • ► Sep 05 (3)
    • ► Ogos (13)
      • ► Ogos 27 (1)
      • ► Ogos 24 (1)
      • ► Ogos 23 (1)
      • ► Ogos 21 (2)
      • ► Ogos 18 (1)
      • ► Ogos 16 (1)
      • ► Ogos 13 (2)
      • ► Ogos 12 (4)
    • ► Julai (9)
      • ► Jul 30 (1)
      • ► Jul 28 (6)
      • ► Jul 24 (1)
      • ► Jul 07 (1)
    • ► April (33)
      • ► Apr 28 (1)
      • ► Apr 26 (1)
      • ► Apr 22 (4)
      • ► Apr 21 (1)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (1)
      • ► Apr 16 (1)
      • ► Apr 14 (3)
      • ► Apr 13 (2)
      • ► Apr 12 (14)

My Blogger

  • hidop saya
    menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena
    1 hari yang lalu
  • Sharing Information
    How To Be Better Investor
    1 hari yang lalu
  • ZAMZ ON THE BLOG
    Layan Vclip ~ Hujan by Sudirman Hj Arshad
    2 beberapa hari yang lalu
  • teratak wm
    3 beberapa hari yang lalu
  • Super_Teacher
    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
    4 beberapa hari yang lalu
  • :: SmiLe MyFta ::
    Memo Dari Masjid..
    5 beberapa hari yang lalu
  • KETENTUAN HIDUP SEORANG INSAN
    Coming Back!!
    1 minggu yang lalu
  • Sembang Komputer
    Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam
    1 minggu yang lalu
  • fikir2renung2
    Satu tarian, pelbagai negara
    2 beberapa minggu yang lalu
  • ~sEgaLaNya d'SiNi~
    :pELuang keDua..
    2 beberapa minggu yang lalu
  • tupaiXtreme
    Posting²
    3 beberapa minggu yang lalu
  • My Story, My View
    Konvoi Raya..2009
    4 beberapa minggu yang lalu
  • MIND WITHIN THE MIND
    1 bulan yang lepas
  • Everything is antique
    Cheap Bathroom Suites
    1 bulan yang lepas
  • Coret saja...
    Berbuka Puasa Tanpanya..
    1 bulan yang lepas
  • Have a good day....
    Ramadhan... come again
    2 beberapa blan yang lalu
  • ::Sepoi Sepoi::
    Ramadhan datang lagi..
    2 beberapa blan yang lalu
  • mhud.org
    HELLO…..!!!
    6 beberapa blan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

My Respon

My Story, My View

Budaya Saling Menasihat

Sabtu, 2009 Februari 07


Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam.

Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.


Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam.

Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.



"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."


Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak.
Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.


Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

~Kosmo~

Dikirim Oleh Suryani Pada 23:55 0 Cadangan

Kacang Hijau



“Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil dan burung yang besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur”

Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, “Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?” Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, “Setakat jaguh kampung bolehlah.” Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata, “Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat.”

Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu jerih-perihnya untuk membina gerai di tepi jalan, berhadapan dengan cabaran pelanggan dan penguatkuasaan, komennya mungkin bukan bersikap komplen.

Jika dia pernah berlatih untuk memenangi sesuatu pertandingan sukan, dia akan tahu betapa pentingnya sesuatu kemenangan itu, biarpun tarafnya setakat jaguh kampung, ia tetap penting untuk kemenangan-kemenangan yang lebih besar. Dia tidak pernah memiliki kesungguhan seperti itu, maka dia bebas berkata apa-apa sahaja.

Kalau tahu sukar dan sulitnya menulis buku, dia tidak mudah memperlekeh karya orang lain. Sebaris ayat pun tidak pernah dihasilkannya, tentulah dia boleh berkata apa-apa sahaja.
Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang menjadi penganalisa tidak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil olehnya.

Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan lama. Gedung perniagaan yang gagah di bandar raya asalnya satu perniagaan kecil. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap. Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir dan terus boleh terbang.

Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba.

Istimewanya mereka hanya pada, “Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh,” namun dia tidak pernah melakukannya.

Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia.
Jika tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan kerja mengecat itu senang dan boleh dilakukan oleh semua orang. Setelah benar-benar mengecat baru tahu sakit dan letihnya.

Menonton perlawanan bola sepak selalu menjadi juara jerit tetapi apabila disuruh bermain ternyata kaki bangku. Menonton orang menyanyi memang mudah mengatakan itu ini, begitu begini, tetapi apabila disuruh menyanyi tidak pula boleh mengotakan apa yang dikata. Memang, orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa.
“Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya,” kata seorang pesakit.
“Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera.”

“Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je.”
“Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut.”
Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.

Oleh Dr. H.M.Tuah

Dikirim Oleh Suryani Pada 23:38 2 Cadangan

Memberi bukan beerti memilikki

Kekangan masa yang menyentak jiwa semenak dua menjak ini betul-betul buat otak saya asyik bekerja. Permintaan Dr.Afandy yang mahukan pembangunan CD pembelajaran siap 80% tak kesampaian saya tunaikan.

Cuti seminggu gabungan Tahun Baru Cina dan semester break memang tak cukup. Lagi2 bila awal2 mak usu saya dah pun mengajak saya kerumahnya dengan membantu sepupu saya belajar, al-maklumlah anak sulongnya baru sahaja masuk ke tingkatan 4...biasalah saya pun dulu rasa tension juga bila banyak sangat pilihan subjek yang perlu ditangani. Kemudian along dan angah merancang balik kampung juga. Macam2 rencana yang tersusun...bila saya bersuara sikit mengenai kesibukan saya...adalah ketidakpuasan hati mereka.

Walaubagaimanapun, saya beri juga sedikit masa untuk projek, maybe 30% ada..Tapi rabu yang lepas pertemuan biasa yang telah dirancang terpasksa tertanguh lagi..erm,bersyukur??mungkin, alhamdulillah...tapi buat2 lah faham sendiri, maksudnya minggu hadapan mesti dah 80%...semasa menaip ni pun..rasa berdebar2 menghitung rabu yang akan menjelma.


Baru2 ini saya menerima satu keluhan kawan sekolah saya yang masih ligat berhubungan dengan saya. Saya luangkan masa semalaman mendengar, memberi pandangan dan menaikkan semangat dia. Putus Cinta.

Tapi menjadi masalah bila kawan saya itu, terlalu obses dengan ex-pakwe dia. Macam2 hujahan dia berikan kepada saya kenapa dia tak boleh lupakan lelaki itu, dan kenapa masih memberikan harapan kalau2 ada peluanglah. Sungguh malang bila lelaki itu, dah pun menemui penganti baru.

Saya bukanlah ingin menambahkan kekusutannya, tapi saya tahu bagaimana lelaki itu dimata saya. Kawan saya berulang-kali mengatakan salah dipihaknya. Berkali2 juga saya jelaskan, memang sudah tiada jodoh. Jangan mengharapkan pada yang tak sudi dan yang tidak layak menerimanya.

Memberi bukan memilikki. Memberi cinta bukan bermakna kita akan memilikki yang setimpal dengan apa yang telah diberikan. Cinta bukan untuk dibalas. Itulah wujudnya pepatah

"Jangan telalu membenci seseorang,
Kelak kau akan menyayanginya,
Jangan terlalu menyayangi seseorang,
Kelak kau akan membencinya.."
Berpada2 lah kalau bercinta...Kalau cinta dunia itu menyakitkan, kembalilah mencintai Allah.

Dikirim Oleh Suryani Pada 09:12 2 Cadangan

08 Februari 2009 05 Februari 2009 Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod