skip to main | skip to sidebar

My Profile

Foto Saya
Suryani
alangkah baiknya jika sesetengah perkara itu, kekal begitu tanpa sebarang jawapan....
Lihat profil lengkap saya

My Komen


Free chat widget @ ShoutMix

My Story

  • ▼ 2009 (95)
    • ► November (1)
      • ► Nov 10 (1)
        • Masa Mencari Keserasian...
    • ► Oktober (1)
      • ► Okt 06 (1)
        • Konvoi Raya..2009
    • ► September (6)
      • ► Sep 19 (1)
        • Satu hari di Hari Raya
      • ► Sep 17 (1)
        • Salam Aidilfitri 1430H
      • ► Sep 10 (2)
        • Peluang yang Berharga-Mungkin Sekali Seumur Hidup
        • Sepasang Kurung Biru
      • ► Sep 07 (1)
        • Cangkir Yang Cantik
      • ► Sep 02 (1)
    • ► Ogos (5)
      • ► Ogos 24 (1)
        • Tahniah Kepada Semua =)
      • ► Ogos 12 (2)
        • Salam Ramadhan...
        • Konvo dah nak dekat..!!
      • ► Ogos 03 (2)
        • Aurora...
        • Suhaila...
    • ► Julai (2)
      • ► Jul 25 (1)
        • No Title
      • ► Jul 13 (1)
        • A nite To Kenangan Terindah
    • ► Jun (1)
      • ► Jun 18 (1)
        • Cuti Yang Sangat Panjang
    • ► Mei (4)
      • ► Mei 03 (1)
        • Terakhir Kali....
      • ► Mei 01 (3)
        • T-Shirt Percuma dari MyMuslimart!!
        • Kepulangan Yang di Nanti
        • Tiga Tahap Hati
    • ► April (19)
      • ► Apr 30 (4)
        • 6 cara bagaimana untuk disayangi
        • Petua Murah Rezeki
        • Cermin DIRI
        • Apa Itu Tidur
      • ► Apr 29 (2)
        • Pokok-pokok kebaikan di dunia
        • Surat Seorang Bonda
      • ► Apr 28 (2)
        • Munajat Cinta
        • Membaca
      • ► Apr 24 (2)
        • Pengurusan Sekolah
        • Menghitung Hari...
      • ► Apr 17 (1)
        • Doakan yang terbaik...
      • ► Apr 14 (1)
        • Kembali Ke Atas
      • ► Apr 08 (2)
        • Cuti UMUM
        • Perjalanan Masih Jauh
      • ► Apr 06 (2)
        • Tak Perlu Jadi Genius
        • Bukan Mudah Menjadi Yang Pertama
      • ► Apr 04 (3)
        • Rahsia Berjalan
        • Mengurangkan Tension
        • Berfikir Positif
    • ▼ Mac (13)
      • ► Mac 31 (3)
        • Tentang Cinta
        • Tujuh Keajaiban
        • Di Saat Aku Ditalkinkan...
      • ► Mac 20 (3)
        • Bersederhana Dalam Pergaulan: Pelihara Adab
        • Taubat Membersihkan Dosa, Tenangkan Jiwa
        • Manusia Yang Didoakan Malaikat
      • ► Mac 16 (2)
        • Rahsia Wajib Solat
        • Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan ke...
      • ► Mac 08 (1)
        • Sambutan Maulidur Rasul : Antara Tanda Kesyukuran ...
      • ► Mac 06 (1)
        • PERNAHKAH Anda Menangis?
      • ▼ Mac 05 (2)
        • Beza Kawan & Sahabat
        • Perempuan Lebih Rajin??
      • ► Mac 04 (1)
    • ► Februari (16)
      • ► Feb 25 (1)
      • ► Feb 21 (1)
      • ► Feb 17 (1)
      • ► Feb 15 (4)
      • ► Feb 14 (1)
      • ► Feb 12 (1)
      • ► Feb 09 (2)
      • ► Feb 08 (1)
      • ► Feb 07 (3)
      • ► Feb 05 (1)
    • ► Januari (27)
      • ► Jan 31 (1)
      • ► Jan 25 (1)
      • ► Jan 24 (1)
      • ► Jan 23 (1)
      • ► Jan 21 (1)
      • ► Jan 20 (2)
      • ► Jan 17 (1)
      • ► Jan 16 (1)
      • ► Jan 15 (1)
      • ► Jan 14 (1)
      • ► Jan 13 (1)
      • ► Jan 12 (2)
      • ► Jan 11 (1)
      • ► Jan 08 (2)
      • ► Jan 07 (2)
      • ► Jan 06 (4)
      • ► Jan 04 (1)
      • ► Jan 03 (3)
  • ► 2008 (110)
    • ► Disember (6)
      • ► Dis 29 (5)
      • ► Dis 26 (1)
    • ► November (3)
      • ► Nov 19 (1)
      • ► Nov 15 (2)
    • ► Oktober (27)
      • ► Okt 27 (1)
      • ► Okt 25 (3)
      • ► Okt 23 (1)
      • ► Okt 22 (1)
      • ► Okt 21 (2)
      • ► Okt 20 (1)
      • ► Okt 19 (4)
      • ► Okt 18 (7)
      • ► Okt 15 (1)
      • ► Okt 11 (1)
      • ► Okt 09 (3)
      • ► Okt 06 (2)
    • ► September (19)
      • ► Sep 25 (1)
      • ► Sep 24 (1)
      • ► Sep 22 (1)
      • ► Sep 21 (1)
      • ► Sep 20 (1)
      • ► Sep 19 (1)
      • ► Sep 14 (1)
      • ► Sep 11 (1)
      • ► Sep 10 (2)
      • ► Sep 09 (3)
      • ► Sep 08 (2)
      • ► Sep 06 (1)
      • ► Sep 05 (3)
    • ► Ogos (13)
      • ► Ogos 27 (1)
      • ► Ogos 24 (1)
      • ► Ogos 23 (1)
      • ► Ogos 21 (2)
      • ► Ogos 18 (1)
      • ► Ogos 16 (1)
      • ► Ogos 13 (2)
      • ► Ogos 12 (4)
    • ► Julai (9)
      • ► Jul 30 (1)
      • ► Jul 28 (6)
      • ► Jul 24 (1)
      • ► Jul 07 (1)
    • ► April (33)
      • ► Apr 28 (1)
      • ► Apr 26 (1)
      • ► Apr 22 (4)
      • ► Apr 21 (1)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (1)
      • ► Apr 16 (1)
      • ► Apr 14 (3)
      • ► Apr 13 (2)
      • ► Apr 12 (14)

My Blogger

  • hidop saya
    menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena
    1 hari yang lalu
  • Sharing Information
    How To Be Better Investor
    1 hari yang lalu
  • ZAMZ ON THE BLOG
    Layan Vclip ~ Hujan by Sudirman Hj Arshad
    2 beberapa hari yang lalu
  • teratak wm
    3 beberapa hari yang lalu
  • Super_Teacher
    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
    4 beberapa hari yang lalu
  • :: SmiLe MyFta ::
    Memo Dari Masjid..
    5 beberapa hari yang lalu
  • KETENTUAN HIDUP SEORANG INSAN
    Coming Back!!
    1 minggu yang lalu
  • Sembang Komputer
    Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam
    1 minggu yang lalu
  • fikir2renung2
    Satu tarian, pelbagai negara
    2 beberapa minggu yang lalu
  • ~sEgaLaNya d'SiNi~
    :pELuang keDua..
    2 beberapa minggu yang lalu
  • tupaiXtreme
    Posting²
    3 beberapa minggu yang lalu
  • My Story, My View
    Konvoi Raya..2009
    4 beberapa minggu yang lalu
  • MIND WITHIN THE MIND
    1 bulan yang lepas
  • Everything is antique
    Cheap Bathroom Suites
    1 bulan yang lepas
  • Coret saja...
    Berbuka Puasa Tanpanya..
    1 bulan yang lepas
  • Have a good day....
    Ramadhan... come again
    2 beberapa blan yang lalu
  • ::Sepoi Sepoi::
    Ramadhan datang lagi..
    2 beberapa blan yang lalu
  • mhud.org
    HELLO…..!!!
    6 beberapa blan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

My Respon

My Story, My View

Beza Kawan & Sahabat

Khamis, 2009 Mac 05


Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”.

Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian. Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya.
Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi.

Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai?

1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.

Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


4 KATEGORI SAHABAT

SAHABAT YANG TAMAK:
Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


SAHABAT HIPOKRIT:
Ia berkenaan denmenyatakan bersahabat gan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


SAHABAT PENGAMPU :
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu.


SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN :
Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah...Keep Smiling,May Allah Bless Us Always

Dikirim Oleh Suryani Pada 22:21 2 Cadangan

Perempuan Lebih Rajin??


KEJAYAAN tidak akan dicapai tanpa ilmu. Kesempurnaan juga tidak mungkin dicipta tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab. Disebabkan sifat-sifat semula jadi yang lembut, penyayang dan tabah wanita diberi anugerah untuk memikul tanggungjawab dua kali lebih berat daripada lelaki. ``Wanita juga di iktiraf dua kali lebih rajin daripada lelaki dalam memenuhi tanggungjawab sama ada di rumah atau di tempat kerja,'' kata Siti Fatimah Abd. Rahman, Fellow Kanan Institut Kemajuan Islam (IKIM).

Dalam hubungan ini wanita lebih tega menghadapi cabaran berbanding lelaki kerana sifat-sifat sabar, tabah dan cekal yang dianugerah Tuhan kepada mereka.
Seperkara lagi, wanita juga termasuk dalam golongan yang tidak jemu belajar dan menimba ilmu serta menggunakan ilmu tersebut untuk terus mencapai kejayaan. Ilmu juga yang menjadikan wanita cemerlang dan meletakkan mereka di tempat yang selama ini hanya dimonopoli lelaki sekali gus membantu melahirkan rumah tangga dan keluarga terbilang. ``Bukan senang bagi wanita mencipta kejayaan dalam satu masa. Untuk berjaya setiap wanita perlu memiliki ilmu di dada disamping sifat asas seperti penyayang, pengasih, rajin, bertanggungjawab dan mengambil berat. ``Ilmu sebagai asas yang dimiliki seorang wanita juga membantu membentuk rohani dan mental yang seimbang seterusnya membolehkan mereka menangani sebarang masalah rumah tangga yang timbul dengan minda yang terbuka,'' katanya.

Pada masa yang sama, mereka perlu ingat, kecemerlangan yang dikejar bukan setakat di dunia tetapi juga di akhirat.
Fatimah turut menarik perhatian terhadap soalan yang sering diajukan kepada wanita tentang bagaimana mereka membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. ``Wanita sudah jemu dengan soalan itu. Setiap kali diminta pendapat mereka diajukan soalan bagaimana membahagi masa untuk kerjaya dan rumah tangga. Kenapa tidak ditanya kepada kaum lelaki (bapa) bagaimana mereka membahagi masa untuk isteri dan anak-anak. ``Pernahkah mereka memperuntukkan masa berkualiti untuk keluarga. Sepanjang yang saya tahu, belum ada lelaki yang ditanya soalan seperti itu, kecuali kepada wanita,'' ujar Fatimah.

Menurut Fatimah sepatutnya, soalan seperti itu lebih banyak diajukan kepada lelaki kerana wanita majoritinya tahu tanggungjawab mereka terhadap rumah tangga dan keluarga serta bijak mengurus masa.
Seperkara lagi kata Fatimah, wanita apabila tamat kerja di pejabat, mereka akan balik rumah dan sambung kerja di rumah pula sedangkan lelaki ada yang ke padang golf, gimnasium atau melepak sambil membaca akhbar dan menonton televisyen. ``Dalam hubungan ini, lelaki perlu memberi sedikit pertimbangan terhadap wanita (isteri) dengan membantu apa yang patut bukan sekadar menjadi pemerhati,'' ujarnya.

Fatimah juga menarik perhatian terhadap cara wanita boleh mencapai kejayaan di tempat kerja dan pejabat.
Kejayaan kata Fatimah, memerlukan perkara asas, ilmu, kerja kuat, rajin dan komited, minat, cekal, tabah dan tidak mudah putus asa, mengamalkan nilai-nilai Islam dan selalu berdoa. Bercakap tentang kejayaan kata Fatimah, kejayaan tidak akan tercapai tanpa pengurusan yang baik. ``Berusaha saja tidak mencukupi, ia perlu disertai dengan pengurusan yang teratur dan dipatuhi supaya segala perancangan dapat dilakukan mengikut perancangan yang tersusun itu,'' tambahnya.


Dikirim Oleh Suryani Pada 20:04 4 Cadangan

06 Mac 2009 04 Mac 2009 Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod