Cara Berjalan Yang Baik
1. Apabila berjalan, jangan seretkan kaki anda. Berjalanlah dengan meletakkan tumit kaki dahulu. Antara gambaran buruk bagi mereka yang berjalan dengan menyeret kaki adalah seorang yang pemalas.
2. Berjalan dengan penuh keyakinan. Bagaimana? Tegakkan badan anda dan jangan berjalan terlalu cepat dan jangan pula terlalu lambat. Anggaplah semua orang sedang memerhati anda. Gambaran buruk bagi mereka yang berjalan dengan badan yang lemah adalah mudah dibuli. Jika berjalan terlalu laju, kita digambarkan seorang yang gopoh-gapah dan mudah panik, jika terlalu perlahan kita akan dianggap sebagai seorang yang lembik, lembab dan membosankan.
3. Menunduk. Walau pun berjalan dalam keadaan tegak kita tidak seharusnya meninggikan pandangan kita. Ini akan membuatkan kita nampak seperti seorang yang berlagak dan angkuh. Berjalanlah dengan menundukkan sedikit kepala, jangan tengok orang tak tentu arah. Perbuatan kita melihat orang ramai kiri kanan akan meningkatkan kemungkinan untuk kita mengumpat dan megutuk orang tidak tentu pasal.
4. Senyum. Ini ialah satu perbuatan ajaib yang dapat menarik ramai manusia untuk menyukai kita. Pun begitu, nak senyum pun ada caranya. Jangan senyum memanjang semasa berjalan sehingga nilai senyuman itu tidak kelihatan lagi. Perbuatan ini akan menyebabkan kita dikategorikan sebagai seorang yang ‘bermasalah’ (mental). Senyumlah hanya apabila berjumpa dan bertentang mata dengan orang, anggukkan sedikit kepala kepadanya untuk menyatakan yang senyuman itu ditujukan kepadanya. Kadang2 ada orang yang ingat kita senyum kepada orang lain…
5. Jika meludah,…pastikan anda meludah di sebelah kiri. Jangan sekali2 meludah di hadapan, kanan atau belakang anda. Jika dihadapan anda mungkin menginggung perasaan orang yang berhadapan dengan anda, sebelah kanan, anda seolah-olah meremehkan orang lain dan tiada adat, jika di belakang anda mungkin sakit belakang dan perbuatan itu begitu menyerlah menunjukkan anda ingin meludah. Meludah bukanlah perbuatan yang mulia, jadi ia harus dijaga supaya tidak begitu kelihatan. Jika meludah disebelah kiri, ia adalah perkara normal di mana kita biasa melakukan perbuatan2 yang agak kotor dengan menggunakan sebelah kiri (’mencuci’ ketika ditandas) dan disebelah kiri kita biasanya adalah sisi jalan.




